TENTANG KAMI

Yayasan Sirat al-Mustaqim ditubuh bertujuan untuk membina semula kiblat ilmu, iaitu zawiyah, berdasar kajian sejarah dan kebudayaan Alam Melayu.

Perkataan Sirat al-Mustaqim bermaksud jalan lurus yang ditunjuk Allah s.w.t, iaitu amalan baik. Matlamat Sirat al-Mustaqim dalam hal kebajikan, pendidikan, penyelidikan, penjaringan dan penerbitan ialah wawasan melahir INSAN MENCAPAI MAKRIFATULLAH.

Zawiyah merupakan pemula pusat ilmu, iaitu zawiyah Cot Kala, kesultanan Peurlak pertama abad ke 10 Masihi.

Perkataan zawiyah berasal daripada bahasa Arab, memiliki makna tersirat murni, iaitu bermakna sudut. Makna sedemikian memperlihat tautan dan kiblat ilmu masyarakat Alam Melayu berasal dari Haramayn. Di setiap sudut (tiang) masjid Haramayn berlaku pemindahan ilmu.

Dari sudut itu, masyarakat Alam Melayu mewarisi pusat ilmu bersanad, pengajian ilmu bersanad, amalan bersanad dan tarekat bersanad bersumber sunnah Baginda Rasulullah s.a.w secara tutun temurun.

Para sahabat dan tabiin pula menyebar luas sebagai pusat ilmu ke suluruh dunia. Sumbangan dan peranan (sumperan) zawiyah banyak menghasil manuskrip meliputi pelbagai bidang kehidupan, dikumpul dan dikaji untuk dijadi panduan pembangunan yayasan ini.

MATLAMAT KAMI

Matlamat Sirat al-Mustaqim dalam hal kebajikan, pendidikan, penyelidikan, penjaringan dan penerbitan ialah wawasan melahir insan mencapai makrifatullah.

Kebajikan

Penyumbangan usaha, tenaga dan kewangan untuk kumpulan seperti: fakir miskin, anak yatim, wanita, muallaf, musafir, remaja dan orang tua.

Pendidikan

Mewujud pusat pengajian bersanad, pengajian ilmu bersanad, amalan bersanad dan tarekat bersanad.

Penyelidikan

Menghimpun manuskrip dan kitab turath (Arab, Jawi, Frsi, Urdu, Cina dan lain-lain) sebagai sumber utama dengan pelbagai pendekatan untuk dikaji dan ditahkik.

Penerbitan

Usaha membuku hasil penyelidikan dan pemakluman mengenai kegiatan Yayasan.

Penjaringan

Usaha mengerat hubungan serumpun

Majlis Ilmu

Perkongsian ilmu melalui daurah.

PENGURUSAN DAN INFAQ

Masyarakat juga boleh memberi infaq berbentuk wakaf yang berupa tanah, ternakan, hasil pertanian, perkhidmatan tenaga dan kepakaran, sahan, dan sebarang sarana/prasarana untuk pembangunan Yayasan Sirat al-Mustaqim. Sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh bin Abdullah

+6012-2142822

Tuan Zuraimi bin Mashrom

+60 17-322 2053

Dr. Arieff Salleh bin Rosman

+60 12-721 7234

FIND US ON FACEBOOK